Monday, September 12, 2016

PAD KAIN UNTUK YANG BEKERJA


Cara memakai PAD KAIN
1) Lipatkan bahagian “wing” ke luar seluar dalam dan butangkan supaya PAD KAIN tidak bergerak.
2) Di galakkan menukar setiap 3-4 jam mengikut “flow” anda supaya anda sentiasa selesa.
Atau jika anda mempunyai Heavy Flow dan pada kebiasaanya menukar setiap 2 jam, maka tukar setiap 2 jam mengikut kebiasaan.
3) Elakkan seluar dalam yang longgar supaya PAD KAIN tidak bergerak dan mungkin akan kebocoran.


Cara menyimpan PAD KAINyang kotor semasa waktu bekerja atau di luar.
1) Bilas sedikit atau basahkan PAD KAIN yang kotor supaya darah tidak menjadi kering dan akan susah di basuh
2) Lipatkan PAD KAIN dan kemudian simpan didalam wet bag / waterproof bag / plastik bag
3) Cuci seperti biasa di rumah.


Cara mencuci PAD KAIN
1) Ia mudah di cuci kerana material Minky tidak meninggalkan kesan darah. Hanya perlu gonyoh dengan air paip biasa sehingga air bilasan bersih. Jika terdapat kesan darah boleh di rendam dengan air garam atau air sabun. Kemudian basuh seperti biasa dengan tangan atau boleh di basuh dengan mesin basuh.
2)  PAD KAIN Cloth Pantyliner untuk kegunaan harian (tiada darah) boleh di basuh seperti pakaian biasa.

JANGAN basuh dengan air panas, kerana ia akan melekatkan lagi darah pada kain
JANGAN gunakan peluntur (bleach) Pelembut (Softener)
JANGAN gunakan berus kerana akan memendekan jangka hayat Cloth pad




#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

No comments:

Post a Comment